Selasa, 3 Februari 2015

MISI BANTUAN SAUDARA ZURIZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat bikers kita iaitu saudara ZURIZA BIN ZAHARI telah disahkan mengidap penyakit BARAH HATI TAHAP 4. Beliau sekarang ini sedang dirawat di Wad 2 Intan, HUSM Kota Bharu Kelantan. Sepanjang kami mengenali beliau, beliau adalah seorang yang sangat ceria dan peramah serta sering kali menjadi penyeri di dalam kumpulan bikers.
Sebagai rakan bikers yang sering kali terlibat dengan kerja amal dan sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti kebajikan, amatlah tepat sekali sekiranya kita bersatu hati untuk mengurangkan kepayahan dan kesedihan yang ditanggung oleh saudara Zuriza dan keluarga.
Sehubungan dengan itu, Kelantan Versys Owner's Group (KVOG) dengan ini melancarkan Tabung Kewangan untuk tujuan tersebut. Sumbangan bolehlah disalurkan kepada penama berikut sebagai pemegang amanah :-
Akaun Maybank :
163046006514
Rozimi bin Awang Ahmad (Hj. Lobo)
Presiden Kelantan VOG
Tel:019-9120994
Sekalung ucapan terima kasih tidak terhingga di atas doa dan sumbangan ikhlas daripada rakan-rakan bikers dan penyumbang semua. Semoga saudara Zuriza dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan kerja amal kita beroleh keberkatanNya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan