Jumaat, 8 Ogos 2014

VERSYS 650 REVIEW

Yooooossshhh…!
Salam geng..
Pertama kalinya aku nak ucap Terima Kasih buat kawan2 yang wish ‘Congrats!’ kat aku pasal menunggang Versys ni. Walau pun ‘baru..tapi lama’ aku sgt bangga sebab memiliki motor yang aku minat & kene pada jiwa..
Tak dinafikan, Kawasaki Versys ni dah lama berada dipasaran Malaysia..tapi tak tau plak sejak aku pakai dalam 2 minggu ni ramai yang suruh aku buat review plak?hehehe..ramai lagi otai2 versys bleh share info. Mungkin kelebihan aku sebab ada platform ‘TayarGolek.Com’ yg mana semua org boleh baca & selak2..tak perlu register id kot? Tp yang pasti..aku bukan nak ‘meracun’ atau ‘mentuba’ utk Versys pulak.. 
Ok..tak mau sembang panjang ler..aku share skit pengalaman menunggang Versys compare dgn ER6N sebelum nih. Ini adalah mengikut pengalaman & pendapat peribadi aku tau..
Ketinggian – Versys lebih tinggi dgn ER6. Tunggangan dijalanraya lebih selesa dan stabil (boleh nmpak jelas kenderaan dihadapan)
Handling – lebih mudah dicontrol lebih2 lagi bile cornering. Tak perlu senget2 montot..pulas jer throttle sure dia ikut. Memang ketara berbanding ER6.
Seat – seat lebih lebih lebar & empuk. Sesuai banget utk long distance.(Bakal dicuba kelak)
USD fork – sistem suspensi ‘up-side-down) mampu menyerap hentakkan berbanding ER6. Lebih2 lagi bile melalui jalan yg kurang rata. Korang sure tak belh tido malam punye bile dah merasainya   (racun skit).
Handle bar – handle bar yang lebih lebar dan agak tinggi skit berbanding ER6 menjadikan gaya tunggangan lebih selesa dan mudah dikawal selain posisi badan yang lebih menegak. Selain tu..nampak lebih ‘macho’ ler..kahkahkah
Besar tapi lebih ringan – ni pendapat aku eh..sizenye nampak lebih besar tapi bila sudah ditunggang, terasa lebih ringan.
Speed - motor ni dicipta bukan utk kelajuan atau ‘tork’ yang tinggi. Tapi stakat ni aku dah cuba sehingga kelajuan 200km/j..boleh pulas lagi cuma aku rasa kurang selesa sebab moto ni tinggi (ni info buat korang yg sibuk tanye pasal speed).
Tork – tork agak kurang berbanding ER6..tapi boleh belasah dgn kelajuan yg selesa.
RPM – RPM agak rendah berbanding ER6. Kalo speed 145km/j..RPM utk Versys hanye 6500rpm sahaja. So minyak save kot?heheh
Tank – 19liter utk Versys. kalo stakat perjalanan 400KM..rasanya skali isi jer dah cukup. 19Liter petrol kira2 RM40.
Size tayar – size tayar depan/belakang adalah sama dgn ER6.
Panel Meter – Panel meter yang menarik: ODO digital, RPM analog, clock, fuel gauge dan 2 trip set..
Touring stylo – lebih bersifat ‘touring’..so orang tak kisah samada ko bawak slow ke atau laju ker..takde kes main cucuk-cucuk angin..hehehe.
Tu serba sedikit perbezaan antara ER6 dgn Versys. Bagi mereka yg bukan ‘kaki meroket’ dan tak kisah dgn kekurang ‘tork’..aku rasa korang memang sesuai dgn motor ni.
Pengalaman menunggang selama 2 minggu ni..so far aku dah dapat 3 ‘thumb up’ dari orang yang memandu kereta ketika di stesen minyak..dan sorang warga asing “Nice bike huh!!”..selain dpd tu..confident level aku ketika menunggang mula meningkat (selepas fobia dek eksiden yg lalu) disebabkan dgn ‘kestabilan’ ketika dijalan lurus..jalan tidak rata maupun berliku. Tapi yang penting “KNOW YOUR LIMITS OK!!”
Lastly, 2 minggu pengalaman menunggang..aku dapati ‘Versys’ adalah pilihan yang tepat utk aku. “Saya sangat sukaaa..”

p/s: Kawasaki Malaysia kene bayar kat aku ni weii..free2 jer wat review!! hahaha
# sedutan dari Tayar Golek.com

2 ulasan:

  1. As salam..set gu VOG kelate..
    Nok mintak tolong, kawe nak cari Blok Versys 650 Thailand, lagu mana nak contact

    BalasPadam
  2. Motor kawe make minyak itam le..versys 650

    BalasPadam