Selasa, 24 Februari 2015

"SELAMAT JALAN SAHABAT"

Assalamualaikum Wr.Wb
Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, segala puji hanya bagi-Nya tuhan semesta alam, karena kepada-Nya kita bersyukur atas segala rahmat nikmat yang telah kita dapatkan semenjak kita diciptakan hingga saat ini.

Tanggal 23 Feb 2015, Lepas maghrib, sahabat kita Saudara Zuriza telah pergi menemui Yang Maha Esa setelah sebulan lebih bertarung dengan ujian getir,..akhirnya beliau tewas, dan akur dengan ketentuan alam. Sebagaimana firman Allah, ''Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..." (QS. al-Imran: 185) dan ''Dimana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di benteng yang tinggi lagi kokoh..." QS. an-Nissa: 78

Sudah jelas bahwa kematian itu pasti dan tiada yang dapat menghalanginya, tidak ada seorangpun dari kita yang mengetahui kapan kematian itu tiba, Detik ini, satu jam lagi, hari ini, ataukah esok hari, boleh jadi seminggu lagi, sebulan lagi, beberapa bulan lagi, atau beberapa tahun lagi.Tidak seorangpun yang dapat mengetahui kapan ia akan mati, karena ini memang rahasia Ilahi. Semoga Allah mencucuri rahmat dan hidayah kepada roh beliau. Aamin.

Bersama ini saya abadikan potret arwah bersama KVOG sebagai memperingati beliau sepanjang persahabatan.



















Khamis, 19 Februari 2015

MISI EM1M 2014

Kawasaki Versys 650 berada dalam keadaan terbaik untuk tamatkan misi EM1M
VIENNA (Austria) 22 Ogos 2014

Kenapa Kawasaki Versys 650?



Itulah antara soalan yang dibangkitkan rakan-rakan dalam dunia pemotoran apabila berita mengenai pemilihan motosikal yang digunakan pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) tersebar, sejak Mac lalu.

Ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat prestasi Kawasaki Versys 650, sama ada 'lulus' atau gagal untuk mengharungi perjalanan yang mencabar sejauh 22,000 kilometer (km) terutamanya di China.

Hari ini, selepas 17,100km meninggalkan tanah air pada 1 Julai lalu, terbukti keyakinan Pengarah Teknikal EM1M, Chua Chern Kwang  terhadap Kawasaki Versys 650 adalah keputusan yang tepat.

Kami langsung tidak berdepan dengan masalah walaupun Kawasaki Versys 650 telah 'dilanyak' ke tahap maksimum di China menggunakan laluan yang sebahagian besarnya tidak layak dipanggil jalan raya. 

Hanya kerosakan kecil sahaja yang dialami iaitu mentol lampu kecil motosikal yang digunakan Ketua Ekspedisi, Kapten Azizi Hashim dan penulis perlu ditukar selain masalah kebocoran pelapik minyak fork pada motosikal Azizi.

Kebocoran berkenaan berpunca daripada percikan tar yang melekat pada bahagian fork yang terdedah, bagaimanapun ia dapat diatasi  oleh Chern Kwang kerana pasukan EM1M membawa alat ganti dan peralatan yang mencukupi sebagai langkah berjaga-jaga.

Menceritakan kriteria pemilihan Kawasaki Versys 650, Chern Kwang yang merupakan pemilik Sunvay Cycle berkata antara yang diberi perhatian khusus ialah jenis enjin yang digunakan.

Katanya, walaupun kuasa enjinnya tidak terlalu kuat, ia sebenarnya memadai untuk mengharungi perjalanan mencabar, tambahan pula kos penyelengaraannya rendah selain mempunyai dua piston yang amat sesuai untuik mendaki kawasan tinggi dan mampu beroperasi dengan baik dalam pelbagai jenis cuaca.

Berat kering Kawasaki Verysy ialah 180 kilogram dan ia merupakan satu bonus kerana memudahkan kawalan motosikal pada laluan mencabar walaupun dia dikendalikan penungang yang kurang pengalaman.

Muatan tangkinya adalah 19.5 liter dan pada laluan yang baik, kami mampu bergerak sehingga 400km dengan sekali isian walaupun berlaku pertambahan berat sekurang-kuranganya 50kg untuk kelengkapan yang dibawa tidak termasuk berat badan penunggang.

"Ini antara faktor yang dipertimbangan oleh pasukan EM1M dan nampaknya pilihan yang dibuat amat tepat, setakat hari ini kami sudah sampai ke Austria dan tiada masalah langsung untuk mencapai sasaran menamatkan penjelajahan di London pada 31 ogos ini," katanya.

Khidmat sokongan sekiranya berdepan masalah juga bukannya satu kebimbangan kerana Kawasaki mempunyai jaringan pengedar dan pusat servis di seluruh dunia.

Antara jaringan yang dimanfaatkan oleh Kawasaki Motor (M) Sdn Bhd. (KMSB) ialah pusat servis Kawasaki di Istanbul, Z-Moto yang melakukan penyelengaraan menyeluruh termasuk menukar tayar  Kawasaki Versys 650 yang digunakan pasukan EM1M pada 13 Ogos lalu.

Selain itu, KMSB juga membuat kejutan apabila menghadiahkan jaket baru kepada anggota pasukan EM1M melalui pengedar Kawasaki di Bucharest, Hungary sebagai meraikan kejayaan menghampiri destinasi sasaran di London yang berbaki sembilan hari lagi.

EM1M merupakan projek ekspedisi bermotosikal ke 17 negara bagi mempromosikan kutipan dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) dan untuk menyumbang secara online, layari layari www.irm.org.my atau hubungi Pengurus Pembangunan Dana IRM, Iskandar Shah Ismail di 019-2665157/03-89486334. 

KAWASAKI VERSYS 650 2015

 Comelnya....

Sabtu, 7 Februari 2015

PENGENALAN UNTUK NEWBIE

PENGENALAN UNTUK NEWBIE

KVOG singkatan daripada Kelantan Versys Owner Group...

Telah diperkenalkan pada tanggal 1hb Januari 2012...

Objektif penubuhan KVOG ialah

👉mengumpul pemilik versys seramai mungkin di Kelantan

👉memberi ruang kapada newbie yang baru memiliki versys kenal mengenali sesama pemilik versys

👉sebagai satu platform untuk bertukar-tukar  pendapat dan info-info tentang jentera masing-masing

👉mengeratkan silaturahim sesama vogian di bawah satu bumbung tanpa mengira latar belakang


KELEBIHAN JOIN KVOG

👉mempunyai sahabat seperjuangan (motor yg sama)

👉boleh berkongsi masalah sekiranya menghadapi masalah jentera

👉mempunyai backup seluruh malaysia dibawah CVOG Malaysia
sekiranya breakdown seperti di luar kawasan negeri Kelantan

✔NVOG - PENANG/KEDAH/ PERLIS
✔IVOG - PERAK (IPOH)
✔KVOG - KELANTAN
✔GVOG - TERENGGANU (GANU)
✔JVOG - JOHOR BHARU
✔CVOG - KL/SELANGOR/N9 (CENTRAL)


Maklumat Yang diperlukan Untuk Pendaftaran Ahli ialah:

NAMA:
NO.IC:
NO.HP:
NO.PLATE:
SAIZ BAJU:
ALAMAT:
EMAIL:
PEKERJAAN:

Bagi yang ingin mendaftar boleh lah membuat bayaran sebanyak RM150.00 kepada bendahari KVOG yg dilantik 0139302243 (Ehsan)

Apa yang anda dapat setelah mendaftar ahli seumur hidup? Ya ahli seumur hidup... Skali bayar jah...

👉Baju koperat Rasmi KVOG

👉Sticker motor KVOG

👉Mempunyai ramai kawan pemilik versys seluruh Malaysia

👉Anda dijemput ke program dr masa ke semasa akan diberitahu

👉Mempunyai duit tabung bersama utk kegunaan ahli2 yg menghadapi sesuatu musibah disebut sebagai "Wakalah"

👉Diberi kad panel apabila ingin membaiki atau servis muto versys anda di WC Motor P.Mas (kad diskaun)

👉Dan bermacam lagi aktiviti kemasyarakatan,Charity,BBQ, Family Day, TTS, Kembara Muhibah dan lain lain lagi...

"Jadi apa tunggu lagi, daftar sekarang anda pasti teruja apabila anda menjadi ahli KVOG sekarang"

Sila layari portal website rasmi KVOG dengan klik pada pautan di bawah untuk info lebih lanjut...

🌎vogkelantan.blogspot.com


Sekian terima kasih...

Selasa, 3 Februari 2015

YOUNG WARIORS 2015

 Huhhh....kemah molek abam-abam bikers kitoo..






 Guano terrr....nampok pelik jah dua oghe ninggg


MISI BANTUAN SAUDARA ZURIZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat bikers kita iaitu saudara ZURIZA BIN ZAHARI telah disahkan mengidap penyakit BARAH HATI TAHAP 4. Beliau sekarang ini sedang dirawat di Wad 2 Intan, HUSM Kota Bharu Kelantan. Sepanjang kami mengenali beliau, beliau adalah seorang yang sangat ceria dan peramah serta sering kali menjadi penyeri di dalam kumpulan bikers.
Sebagai rakan bikers yang sering kali terlibat dengan kerja amal dan sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti kebajikan, amatlah tepat sekali sekiranya kita bersatu hati untuk mengurangkan kepayahan dan kesedihan yang ditanggung oleh saudara Zuriza dan keluarga.
Sehubungan dengan itu, Kelantan Versys Owner's Group (KVOG) dengan ini melancarkan Tabung Kewangan untuk tujuan tersebut. Sumbangan bolehlah disalurkan kepada penama berikut sebagai pemegang amanah :-
Akaun Maybank :
163046006514
Rozimi bin Awang Ahmad (Hj. Lobo)
Presiden Kelantan VOG
Tel:019-9120994
Sekalung ucapan terima kasih tidak terhingga di atas doa dan sumbangan ikhlas daripada rakan-rakan bikers dan penyumbang semua. Semoga saudara Zuriza dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan kerja amal kita beroleh keberkatanNya.